Pages

Friday, 7 October 2016

JALAN-JALAN THAILAND | KHAOSAN ROAD | #KLBEIJINGOVERLAND

KHAOSAN ROAD

KHAOSAN ROAD merupakan sebuah kawasan yang terletak tidak jauh dari SUNGAI CHAO PHRAYA. Kawasan ini sebenarnya lorong-lorong yang terkenal sebagai pusat backpacker di ASIA kerana menawarkan penginapan hostel dan hotel yang murah serta pelbagai pilihan makanan


KHAOSAN ROAD ini juga menjadi tumpuan kerana lokasinya yang hampir dengan kawasan pelancongan terkenal seperti GRAND PALACE, WAT PO dan WAT ARUN. Jika ingin ke tempat-tempat ini, korg boleh berjalan kaki sahaja dari KHAOSAN ROAD





Selain itu, KHAOSAN ROAD juga tidak pernah sunyi dengan pelbagai hiburan pada waktu malam dengan pelbagai persembahan




MAKANAN HALAL DI KHAOSAN ROAD

Jika korg mencari makanan halal di BANGKOK, KHAOSAN ROAD antara kawasan yang menawarkan pelbagai pilihan sama ada makan pad thai di kaki lima atau menikmati beryani bersama kari daging di restaurant halal dengan harga yang berpatutan

Antara gerai / restaurant halal yang boleh korg singgah


AESAH ROTDEE RESTAURANT



AESAH ROTDEE RESTAURANT ini terletak agak tersorok sedikit, tetapi restaurant ini sentiasa penuh dengan pelanggan. Antara menu yang terdapat di sini ialah nasi beryani bersama kari daging atau ayam, satay dan juga sup bebola daging. This place is quite cozy for couple or family, should try okeh!


ROTI MATABA


Roti mataba pula macam roti canai kalau di MALAYSIA, roti ini  di makan bersama-sama kari thailand iaitu red curry atau green curry. Retsaurant ini terletak di 136, Phra Athit Raod, berdekatan dengan PHRA SUMEN FORT (just waze!)


No comments:

Post a Comment