Pages

Sunday, 2 October 2016

JALAN-JALAN THAILAND | CHAO PHRAYA RIVER | #KLBEIJINGOVERLAND

Antara kelainan yang terdapat di kota BANGKOK ini ialah korg boleh menyusuri SUNGAI CHAO PHRAYA yang merupakan sungai terpanjang di THAILAND ini dengan menaiki CHAO PHRAYA BOAT EXPRESS untuk menikmati keindahan kota BANGKOK

Kebanyakkan tourist juga memilih untuk menggunakan pengangkutan air ini untuk ke beberapa kawasan tumpuan pelancong dan tapak tinggalan sejarah seperti GRAND PALACE, WAT PHO (temple of the reclining Buddha), WAT ARUN (temple of the dawn), PAK KHLONG (the flower market), CHINA TOWN dan KHAOSAN ROAD.





Terdapat lebih daripada 30 pier(station) di sepanjang SUNGAI CHAO PHRAYA ini, dan SATHORN PIER menjadi pilihan utama dikalangan pelancong untuk memulakan river tour mereka dari KOTA BANGKOK

Jika korg nak naik express boat ini, korg boleh beli tiket di kaunter yang disediakan. Terdapat beberapa jenis perkhidmatan bot yang terdapat di sini dan bot-bot ini dibezakan mengikut warna bendera yang terdapat pada bot tersebut

a) Bendera OREN
b) Bendera KUNING
c) Bendera HIJAU
d) Bendera BIRU (TOURIST LINE)
e) Tiada bendera (LOCAL LINE)

Apa yang membezakan antara warna bagi setiap bendera pada bot ini ialah laluan atau route mereka, pier stop serta harga tambang yang dikenakan. Korg boleh click CHAO PHRAYA BOAT ROUTE MAP ini for more details berkaitan dengan route bot express ini 




Ktorg naik TOURIST LINE atau bot bendera biru untuk ke KHAOSAN ROAD (PHRA ARTHIT PIER) dengan harga 40 BAHT, then beratur disini untuk menunggu giliran









HOW TO GET THERE


Jika korg dari kota BANGKOK dan ingin menaiki express bot di SUNGAI CHAO PHRAYA ini, korg hanya perlu menaiki BTS train menuju ke SAPHAN TAKSIN STATION (SILOM LINE). Kemudian, korg gerak ke EXIT dan turun ke bawah station, ikut je signage menghala ke SATHORN PIER (CENTRAL PIER)




No comments:

Post a Comment